calender

Thursday, June 3, 2010

Mereka berusaha mempertahankannya, apa pula peranan kita....

Palestin..
Bumi yang penuh dengan titisan darah,
Bumi yang penuh dengan Pengeboman,
Bumi yang penuh dengan Perjuangan,
Bumi yang penuh dengan kesengsaraan,
Bumi yang penuh dengan para syuhada,

Peperangan yang tercetus di Palestin ini bukanlah disukai oleh rakyat Palestin, tapi keadaan yang mendorong rakyatnya berperang kerana mempertahankan tanah air daripada diceroboh oleh Israel. Negara Palestin kalau dibandingkan dari dahulu jauh lebih luas daripada sekarang. Tapi apakan daya, kerakusan Israel ini telah banyak mengubah negara Palestin malah telah banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban.







Sifat keji Bani Israel telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran surah al-Maidah ayat 78:
"Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Allah S.W.T akan menolong hambanya dalam kesusahan ketika berperang. Walaupun tentera Palestin hanya sedikit berbanding dengan tentera Israel laknatullah dan sekutunya Amerika, tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T rakyat Palestin yakin akan beroleh kemenangan.


Dalam surah al- Anfal ayat 65 pula;
"Allah SWT telah menggambarkan bagaimana pertolonganNya diberi kepada umat islam yang sedikit jumlahnya dengan nisbah 20 tentera islam dapat mengalahkan 200 orang tentera musuh."

Tidak mustahil bagi rakyat Palestin dengan jumlah yang sedikit dapat mengalahkan tentera Israel dengan mudah. Allah S.W.T telah menunjukkan kepada kita semasa perang dahulu yang mana tentera Ahzab dengan seramai 3,000 orang dapat mengalahkan tentera Musyrikin madinah dan Mekah seramai 10,000 orang.Dalam peperangan mut'ah pula tentera islam seramai 3,000 orang dapat mengalahkan tentera Rom seramai 20,000 orang. Dengan semangat Fisabilillah, Insyaallah tentera islam akan memperoleh kemenangan.





Umat islam di Palestin tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, perempuan semuanya mempertahankan tanah air mereka daripada dikuasai oleh Israel laknatullah. Selari dengan pendapat ulama, bahawa hukum berjihad adalah fardhu ain keatas rakyat palestin yang mempertahankan negaranya daripada diserang atau dicerobohi musuh. Maka keadaan inilah yang membuatkan semangat membuak-buak dalam diri setiap rakyat Palestin untuk berjihad.

Dijelaskan oleh Allah SWTdalam surah al-Haji ayat 39-40:
"Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka. Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang disebut banyak nama Allah padanya; dan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Mudah-mudaha setiap rakyat Palestin yang terkorban mempertahankan Negaranya akan mendapat syahid dan kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T.





Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 169:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Setiap hari penduduk Palestin, bahkan semua rakyat islam di seluruh Negara mendoakan agar peperangan ini akan berakhir. Semuga apa yang diperjuangkan oleh rakyat Palestin selama ini akan berakhir dan mendapat kemenangan.

Monday, February 15, 2010

kau selesa beribadah

Betapa enaknya kamu bersolat di masjid yang permaidaninya tebal sehingga menenggelamkan buku lalimu.

Atau sujud di lantai masjid yang boleh dibuat cermin.

Sedangkan saudaramu yang juga sebangsa, berasal daripada satu keturunan dan seagama denganmu solat di atas tanah yang basah atau lantai masjid yang usang berbau busuk.

Atau mereka langsung tidak punya masjid untuk bersolat.